Lobak Merah. Okay, korang semua tahukan yang lobak merah tu asalnya memang keras dia punya batang tu. Tapi bila kita letak ia dalam air yang panas dan mendidih, lobak tu akan jadi lembik. Samalah seperti manusia yang asalnya gagah perkasa dan berani seperti lobak merah, tapi apabila mari saja musibah yang tak terjangka olehnya, ia akan jadi seorang yang lemah dan takut hadapi cabaran. So, janganlah nak jadi seperti lobak merah.
Telur. Korang semua tahu yang isi di dalam telur sangat lembut dan ia cecair. Tetapi apabila diletak telur tu di dalam air yang panas dan hot, isi telur tu akan berubah menjadi keras. Sama seperti manusia yang awalnya seorang yang mempunyai hati yang lemah-lembut dan sopan serta jaga tingkah laku, tapi bila hati disakiti dan dikhianati atau sebagainya, dia akan bertukar watak menjadi seorang yang jahat dan kasar. Jadi, jangan korang nak memandai nak jadi seperti telur.
Kopi. Ia memanglah tak sedap dimakan macam tu je sebab ia berbentuk pepejal dan susah untuk dinikmati. Maka orang pun tukarlah supaya jadi serbuk kopi. Apabila diletakkan dalam air yang panas pun, serbuk kopi tu tak ada terkena kesan apa-apa dan still kekal berwarna coklat. Sebaliknya air panas tadi yang tawar bertukar menjadi pahit dan manis disebabkan bantuan serbuk kopi. Sama juga manusia. Seseorang itu langsung tidak menyesal apabila Allah membentuknya dengan rupa sebegitu dan mengujinya dalam apa jua dugaan yang menimpa, dia tetap juga kuat untuk menghadapinya dan sentiasa berfikir rasional bahawa setiap dugaan dan kurniaan yang telah diberikan olehNYA, itu menandakan Allah sayangkan kita. Malah, dia dapat mewarnai segala pahit dan manis dalam hidupnya mahupun orang lain.